BLOGGER TEMPLATES - TWITTER BACKGROUNDS »

Thursday, December 27, 2012

Restart & Refresh

Lama sudah aku tinggal blog aku ni. Kalau blog ni ade mulut dah lame dia sound 'mentang2 ade fesbuk, password blog pon ko lupa'.

Tujuan asal aku buka blog pon sebab lecturer aku yg suruh. 'Improve your English by using it' kata lecturer aku tu. Dengan umpan markah lebih, maka berjaya lah polisi 'One student One blog' beliau. (yg ni aku pandai2 tambah. Buat cerita kalau tak tambah memang tak sedap)Bila dah grad maka terabailah blog ini.

Dah lebih setahun baru muncul 'nawaitu' dalam hati nak menulis semula kat dalam blog ni. Tahun ni banyak 'setback' dalam hidup aku. One after another kata omputih. Macam biasa aku berlagak cool macam tak ada apa2 tiap kali berdepan situasi macam tu. Abang macho mane boleh tunjuk resah. Sampai la baru2 ni aku berdepan dengan satu lagi 'setback' yg buat aku tak dapat nak belagak cool macam biasa. Kerja jadi kelam kabut & semua jadi tak kena. Sampai last2 aku sendiri cakap 'Lantak lah'. Benda dah jadi.

So sekarang ni terpaksa la aku mulakan semula apa yg tak jadi sebelum ni. Restart & Refresh kalau ikut terma komputer. Bak kata ustat Fadilah KamToMe 'Insan cemerlang datangnya dari akal yang tenang, jiwa yg bersih.(macam tak kene la pulak)

Tahun baru pon tinggal berapa hari je lagi. Macam biase aku memang tak penah pasang azam tiap kali tahun baru. Kalau ada pon paling kuat sampai bulan tiga aje. Lepas tu azam yg diri sendiri pasang pon boleh lupa. Kalau dalam terma kewangan dia cakap 'Loss in the first quarter of year'.Pandai-pandai je aku ni...

p/s: Chapter 2013: Restart plan & Refresh life

0 comments: